Together We Stand , Hands in Hands !
Wednesday, 4 January 2012 | 03:18 | 2 vanilla(s)
alahai~ I'm melting
Nak cerita pasal semalam..
- Semalam saya terkejut pasal saya dipilih menjadi penolong ketua kelas.
- Semalam ada 3 orang budak baru masuk kelas saya . 2 orang kembar dan saya dan kawan2 saya tak berapa suka dia ,,kan Ezy kan? kan Aisyah,Miera...Sep sikit !
- Semalam masa perhimpunan saya ternampak Ainsyah dan saya rasa terkejut sebab dia pindah balik sini..hepila Syu ..
- Semalam saya pilih untuk duduk tepi tingkap dengan Gie dan Miera
- Semalam seharian saya pakai kot Gie walaupun saya bukan pengawas
- Semalam saya tak makan masa rehat
- Semalam saya balik jalan kaki dengan Ezy
- Semalam saya ajak Miera lalu depan kelas dia semata-mata nak tengok dia sebab Ezy cakap rambut dia dah berubah dan dia makin ensem
- Semalam saya kecewa bila tengok jadual Ustazah Rumaizah yang mengajar BAK saya . Bukannya Ustazah Rosliza
Nak cerita pasal hari ni
- Hari ni saya orang pertama yang datang kelas
- Hari ni saya baru sedar betapa tak bestnye kelas jauh daripada budak2 form 2 yang lain sebab dah takde orang2 asing yang masuk kelas aku dan buat lawak percuma.
- Hari ni saya rasa kembar tu taklah teruk sangat
- Hari ni abah datang ambik saya balik sekolah
- Hari ni saya balik pukul 3.10
- Hari ni Ustazah Rumaizah dah mula mengajar dan saya rasa dia mengajar best jugak walaupun orang lain cakap Ustazah Rosliza lagi best
- Hari ni saya makan keropok seringgit masa rehat
- Hari ni pun saya dan Miera sengaja lalu depan kelas dia tapi,dia tak tengok saya
- Hari ni saya sebagai assistant monitor dah berjaya ubah kedudukan susunan meja dalam kelas dengan jayanya dengan bantuan Miera,Aisyah Nasir,Aisyah Mahazis dan Gie
- Hari ni saya jatuh cinta dengan Syuk sebab dia cantik,cute dan lembut sesangat !
- Hari ni saya bersyukur sebab cikgu math masih sama dengan tahun lepas iaitu Cikgu Zaini
- Hari ni Teacher Azleena mengajar BI dan saya rasa dia baik,
- Hari ni Cikgu Salena mengajar Sains tapi saya lebih suka Cikgu Zatilah
